NOTIS PRIVASI
Para Pelanggan TM,
Dalam usaha untuk memastikan pematuhan kepada Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (APDP), kami ingin menarik perhatian anda kepada Notis Privasi TM seperti berikut:
Apakah jenis data peribadi yang kami kumpul?
Jika anda membuat transaksi dengan TM atau kumpulan syarikat TM (untuk maklumat lanjut mengenai kumpulan syarikat TM sila layari www.tm.com.my) atau syarikat berkaitan TM (affiliate) seperti melanggan mana-mana produk dan/atau perkhidmatan TM atau dengan menggunakan Portal TM atau mengakses laman web korporat TM, anda akan diminta untuk memberikan maklumat peribadi anda seperti (tetapi tidak terhad kepada) nama, nombor kad pengenalan, nombor pasport, alamat surat menyurat, nombor telefon, alamat e-mel dan nombor keutamaan yang boleh dihubungi. Sekiranya anda bercadang untuk menggunakan Portal TM untuk tujuan membuat transaksi pembayaran dalam talian, maklumat kad kredit/debit anda juga akan dikumpulkan untuk tujuan memproses bayaran tersebut. Senarai transaksi yang dinyatakan ini adalah tidak terhad dan apa-apa maklumat yang diberikan kepada atau diperolehi oleh kami melalui transaksi tersebut secara kolektif dikenali sebagai "Data Peribadi".
Produk dan/atau perkhidmatan TM adalah termasuk apa-apa dan mana-mana produk dan/atau perkhidmatan TM atau kumpulan syarikat TM. Portal TM, di mana berkenaan, termasuk portal yang dimiliki, diuruskan atau diselia oleh mana-mana syarikat dalam kumpulan syarikat TM yang mengandungi produk dan/atau perkhidmatan yang disediakan oleh syarikat dalam kumpulan syarikat TM yang berkaitan.
Anda juga akan diperlukan untuk memberikan persetujuan anda terhadap penggunaan Data Peribadi anda dalam bentuk dan mengikut cara yang dinyatakan dalam proses pendaftaran. Jika kami tidak menerima kebenaran anda, anda tidak akan dapat melanggan produk dan/atau perkhidmatan TM, mendaftar untuk menggunakan Portal TM atau mempunyai akses kepada laman web korporat TM.
Apabila anda berurusan dengan TM, kami mungkin mengumpul atau menerima dan menyimpan maklumat peribadi tertentu yang tidak boleh dikenal pasti. Maklumat tersebut dikumpul secara pasif menggunakan pelbagai teknologi dan buat masa ini tidak boleh digunakan untuk mengenalpasti anda secara khusus. Maklumat ini mungkin termasuk:-
maklumat khusus peranti seperti model perkakasan, versi sistem pengendalian, pengecam peranti unik, maklumat rangkaian mudah alih, memori, data kad bunyi, alamat protokol Internet (IP);
cookies yang boleh mengenalpasti secara unik pelayar anda.;
butiran bagaimana anda mengakses dan/atau menggunakan Portal TM atau laman web korporat TM contohnya pertanyaan carian anda;
bilangan pelawat yang mengakses dan/atau menggunakan Portal TM atau laman web korporat TM;
diagnostik dan data penggunaan yang dihasilkan oleh peranti anda;
bagaimana anda dan pengguna lain menggunakan dan berinteraksi dengan Portal TM atau laman web korporat TM.
Maklumat di atas secara kolektif dikenali sebagai “Maklumat Bukan Peribadi”. Jika kami menggabungkan Maklumat Bukan Peribadi dengan Data Peribadi, gabungan maklumat tersebut akan dianggap sebagai Data Peribadi selagi ia kekal bergabung.
Sebagai usaha berterusan untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada anda, kami sering menjalankan penyelidikan mengenai demografi pelanggan, minat dan tingkah laku berdasarkan Data Peribadi dan maklumat yang diberikan kepada kami. Kajian ini boleh dikumpul dan disatukan untuk tujuan analisa. Anda tidak akan dikenalpasti secara peribadi melalui maklumat yang tidak boleh dikenal pasti dan data yang disatukan ini. Kami mungkin berkongsi maklumat yang tidak boleh dikenal pasti dan data yang disatukan ini dengan syarikat berkaitan TM dan/atau Pihak Ketiga yang Dibenarkan. Kami juga mungkin akan mendedahkan statistik pengguna yang telah disatukan kepada syarikat berkaitan TM dan/atau Pihak Ketiga yang Dibenarkan untuk tujuan lain yang sah.
"Pihak Ketiga yang Dibenarkan" bermaksud rakan perniagaan, kontraktor, ejen, juruaudit, penasihat, mana-mana penyedia telekomunikasi dan pembekal perkhidmatan aplikasi yang mempunyai perjanjian dengan kami berkaitan dengan produk dan/atau perkhidmatan TM, portal atau laman web korporat TM atau sebaliknya atau mana-mana pihak ketiga yang dilantik oleh TM untuk melakukan aktiviti pemprosesan data atau menjalankan aktiviti pemasaran untuk TM atau kumpulan syarikat TM.
Bagaimanakah kami menggunakan Data Peribadi anda?
Data Peribadi anda akan digunakan mengikut tujuan yang sama semasa ianya diberi. Data Peribadi anda juga boleh digunakan oleh kumpulan syarikat TM atau syarikat berkaitan TM dan/atau Pihak Ketiga yang Dibenarkan untuk mana-mana satu (atau lebih) daripada tujuan-tujuan berikut:-
untuk menilai permohonan anda atau penyediaan secara berterusan produk dan/atau perkhidmatan (mana-mana yang berkaitan);
operasi kewangan termasuk mengesahkan dan memproses pembayaran, bil dan pertanyaan bil;
penyesuaian pegiklanan dan kandungan dalam Portal TM dan apa-apa laman-laman web TM dan kumpulan syarikat TM;
untuk menjawab pertanyaan anda;
untuk tujuan penyelidikan termasuk tetapi tidak terhad kepada penambahbaikan produk dan/atau perkhidmatan TM, sejarah dan statistik dan analisis;
operasi umum, penyenggaraan dan audit produk dan/atau perkhidmatan yang disediakan termasuk laman web yang berkaitan;
tujuan pengesahan;
pemadanan data yang berkaitan dengan anda yang dipegang oleh TM dan kumpulan syarikat TM dari masa ke semasa;
menyediakan anda dengan komunikasi yang kerap daripada TM yang berkaitan dengan produk dan/atau perkhidmatan TM;
penyiasatan mengenai aduan, transaksi yang mencurigakan dan untuk mengesan dan mencegah kegiatan penipuan;
mentadbir penyertaan anda dalam peraduan yang dianjurkan oleh TM atau mana-mana syarikat dalam kumpulan syarikat TM;
semakan kredit dengan biro kredit, agensi penarafan kredit atau agensi pelaporan kredit;
menjalankan penyelidikan pasaran dan menggunakan analisis untuk aktiviti pelan perniagaan TM, penambahbaikan produk dan perkhidmatan TM, perkhidmatan iklan yang disasarkan dan penyampaian maklumat yang tidak dikenalpasti tersebut dalam bentuk yang telah dikumpulkan dan umum kepada syarikat berkaitan TM, Pihak Ketiga yang Dibenarkan dan/atau pihak ketiga yang telah atau bercadang untuk menjalankan urusan perniagaan dengan TM;
untuk menyediakan anda dengan maklumat terkini, promosi dan pengemaskinian terkini, tawaran istimewa serta bahan-bahan pemasaran dan pengiklanan berkaitan dengan produk dan perkhidmatan TM dan kumpulan syarikat TM; dan
pematuhan kepada mana-mana tanggungjawab kawalselia, statutori atau undang-undang termasuk tetapi tidak terhad kepada penyediaan Perkhidmatan Bantuan Direktori 103 sebagai sebahagian daripada Perkhidmatan Aplikasi yang Diperlukan.
Senarai di atas adalah secara kolektif dirujuk sebagai "Tujuan" dalam Notis Privasi ini.
Dengan menyerahkan maklumat anda kepada TM, anda dengan ini bersetuju dan membenarkan TM untuk memproses dan menentusahkan apa-apa maklumat tentang anda daripada pihak ketiga, terutamanya biro kredit, agensi penarafan kredit atau agensi pelaporan kredit yang TM mungkin perlu berkaitan dengan permohonan anda untuk mana-mana produk dan/atau perkhidmatan TM dan/atau menyemak akaun sedia ada dengan TM dan/atau penggunaan portal TM dan/atau akses ke laman web korporat TM. Persetujuan dan kebenaran yang anda beri ini merangkumi apa-apa maklumat yang diperolehi dari mana-mana akaun yang kini diselenggarakan untuk anda, sebarang permohonan baru untuk apa-apa bentuk produk dan/atau perkhidmatan yang disediakan oleh TM, maklumat sejarah kewangan atau rekod kredit, data atau maklumat yang anda beri atau melalui mana-mana sumber lain yang berkaitan dengan anda yang telah dikumpul, diterima, disimpan, disusun dan/atau diperolehi oleh TM melalui atau dengan apa-apa cara atau kaedah atau bentuk. Sekiranya anda memberi atau mendedahkan kepada TM Data Peribadi pihak ketiga dalam mana-mana permohonan, anda dengan ini mengaku dan menjamin bahawa kebenaran telah diperolehi daripada pihak ketiga tersebut bagi membolehkan TM untuk memproses Data Peribadi bagi Tujuan yang dinyatakan di atas.
Pendedahan Data Peribadi anda
Jika anda memilih untuk mendaftar dan berurusan dengan TM, Data Peribadi anda mungkin akan perlu dikongsi atas dasar “sekiranya perlu sahaja” dengan syarikat dalam kumpulan syarikat TM, syarikat berkaitan TM atau agensi untuk memberi anda perkhidmatan dengan cara yang paling cekap dan
berkesan. Antara contoh adalah seperti menyelesaikan aduan yang memerlukan maklum balas syarikat dalam kumpulan syarikat TM, syarikat berkaitan TM atau agensi yang berkaitan.
TM mungkin mendedahkan Data Peribadi anda kepada pihak-pihak berikut untuk tujuan yang dinyatakan di atas: -
Rakan kongsi TM yang terlibat dalam menyediakan perkhidmatan tambahan (Add-Ons)
Pihak Ketiga yang Dibenarkan atau ejen-ejen TM yang terlibat dalam menyediakan produk dan/atau perkhidmatan untuk TM;
syarikat dalam kumpulan syarikat TM, syarikat berkaitan TM dan/atau Pihak Ketiga yang Dibenarkan yang terletak di luar Malaysia yang menyediakan perkhidmatan pemprosesan data untuk TM;
mana-mana agensi pelaporan kredit atau sekiranya berlaku keingkaran, mana-mana agensi- agensi kutipan hutang;
mana-mana orang yang dilantik oleh TM untuk memenuhi tanggungjawab TM kepada anda, dan berada di bawah kewajipan kerahsiaan dan telah diamanahkan untuk menyimpan kerahsiaan data tersebut;
mana-mana pemegang serah hak sebenar atau yang dicadangkan, penerima pindahan, peserta atau sub-peserta kepada hak atau perniagaan TM; dan
pemohon bantuan direktori melalui Perkhidmatan Bantuan Direktori 103 yang disediakan sebagai sebahagian daripada keperluan kawalselia di bawah Perkhidmatan Aplikasi yang Diperlukan.
Seperti yang dinyatakan di atas, adalah mungkin perlu untuk memindahkan Data Peribadi dan maklumat anda kepada syarikat dalam kumpulan syarikat TM, syarikat berkaitan TM dan/atau Pihak Ketiga yang Dibenarkan yang terletak di luar Malaysia. Ini boleh berlaku di mana syarikat dalam kumpulan syarikat TM, syarikat berkaitan TM dan/atau Pihak Ketiga yang Dibenarkan adalah berpangkalan di luar Malaysia atau di mana anda mengakses Portal TM atau laman web korporat TM dan/atau menggunakan produk dan/atau perkhidmatan TM dari luar Malaysia. Dengan mengakses dan/atau menggunakan produk dan/atau perkhidmatan TM secara berterusan, anda bersetuju dengan pemindahan Data Peribadi dan maklumat anda.
Data Peribadi anda tidak akan didedahkan kepada pihak ketiga yang tidak dibenarkan.
Anda boleh memilih supaya nombor telefon berdaftar anda tidak disenaraikan dalam Perkhidmatan Bantuan Direktori 103 dengan menghubungi kami di help@tm.com.my atau menghubungi kami di talian 100.
Data Peribadi anda mungkin didedahkan atas sebab-sebab undang-undang, proses undang-undang, tindakan undang-undang dan/atau permintaan daripada pihak berkuasa awam dan kerajaan dan sebarang pendedahan akan diberikan kepada pihak berkuasa awam dan kerajaan tersebut sahaja. Kami juga mungkin mendedahkan maklumat mengenai anda sekiranya kami menentukan bahawa pendedahan adalah perlu atau wajar bagi tujuan keselamatan negara, penguatkuasaan undang- undang atau isu-isu lain berkenaan kepentingan awam.
Keselamatan Data Peribadi anda
TM mempunyai polisi keselamatan, peraturan dan langkah-langkah teknikal untuk melindungi Data Peribadi anda daripada diakses tanpa kebenaran, penyalahgunaan atau pendedahan yang tidak berpatutan, pengubahsuaian tanpa kebenaran, kemusnahan yang menyalahi undang-undang atau kehilangan yang tidak disengajakan. Semua pekerja TM dan Pemproses Data yang mempunyai akses kepada dan mempunyai kaitan dengan pemprosesan Data Peribadi mempunyai tanggungjawab untuk menghormati kerahsiaan maklumat anda.
Walaubagaimanapun, transaksi yang dilakukan melalui peranti peribadi mungkin tidak selamat dan sebarang komunikasi menggunakan pernati peribadi tersebut mungkin terdedah kepada pintasan oleh pihak ketiga yang tidak dibenarkan. Kami tidak bertanggungjawab untuk sebarang akses yang tidak dibenarkan atau kehilangan Data Peribadi. Walaupun kami tidak dapat menjamin bahawa kehilangan, penyalahgunaan atau pengubahsuaian Data Peribadi tidak akan terjadi, kami melakukan usaha-usaha yang munasabah untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini daripada berlaku.
Data Peribadi yang kami kumpul daripada anda akan disimpan dan data sokongan akan dibuat dengan selamat di lokasi yang dikawal persekitarannya. Hanya pihak yang dibenarkan dan mempunyai pengguna ID dan kata laluan daripada TM mempunyai akses kepada maklumat tersebut.
Anda perlu ingat untuk log keluar daripada sistem kami selepas mengakses dan/atau menggunakan peranti pilihan anda supaya pihak yang tidak dibenarkan tidak boleh mengakses Data Peribadi anda. Anda tidak harus pada bila-bila masa mendedahkan Data Peribadi anda kepada mana-mana pihak ketiga.
Pembetulan dan Permintaan Akses
Jika anda ingin meminta akses atau pembetulan kepada Data Peribadi anda atau di mana anda memilih untuk menghadkan hak TM untuk memproses Data Peribadi anda, anda boleh menghubungi pusat panggilan TM atau melawat TM Point yang terdekat. Sebarang permohonan akses untuk membetulkan Data Peribadi mungkin tertakluk kepada bayaran dan juga kepada peruntukan- peruntukan di dalam APDP. Walaubagaimanapun, kami berhak untuk menolak permintaan yang menjejaskan keselamatan dan privasi Data Peribadi orang lain serta permintaan yang tidak praktikal atau tidak dibuat dengan niat yang baik.
Kami boleh menyemak dan mengemaskini Notis Privasi ini dari semasa ke semasa untuk mencerminkan sebarang perubahan undang-undang, perubahan dalam amalan perniagaan pihak kami, prosedur dan struktur dan perubahan jangkaan terhadap privasi oleh masyarakat. Versi terkini Notis Privasi boleh diperolehi di http://www.tm.com.my
Pertanyaan atau Aduan
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau aduan mengenai Notis Privasi ini, anda boleh menghubungi kami di https://www.tm.com.my/OnlineHelp/ContactUs/Pages/default.aspx melalui bahagian “Hubungi Kami” atau anda boleh menghubungi pusat panggilan TM di:
100, jika anda berada di Malaysia;
1300 888 123 jika anda membuat panggilan daripada telefon bimbit; atau
• +603 2241 1290 jika anda membuat panggilan dari luar negara.
PN
Ver 1/2016